Innalilahi, Khabar Pilu dari Pengacara Populer Aznil Nawawi hari ini Telah Meninggal Dunia Si...(Baca Artikel Penuh)
_______________________
Salam takziah, abang kepada Datuk Aznil Nawawi meninggal dunia
_______________________

AZNIL: "Doakan agar roh abang Paknil dicucuri rahmat dan dihadiahkan dengan bacaan ayat suci Al-Fatihah."
ABANG kepada pengacara popular Datuk Aznil Nawawi iaitu Azmir Nawawi meninggal dunia pagi tadi.
Menurut pengacara yang mesra disapa dengan nama Paknil ini, dia mengetahui berita pemergian arwah abangnya sewaktu berada di Terengganu dan kini dalam perjalanan pulang untuk memberi penghormatan yang terakhir.
"Paknil dapat berita pemergian beliau ketika Paknil di Jelajah PAK21 di Terengganu.
"Paknil dalam perjalanan ke airport Kuala Terengganu sekarang dan akan terus ke tanah perkuburan sebaik tiba.
"Doakan agar roh abang Paknil dicucuri rahmat dan dihadiahkan dengan bacaan ayat suci Al-Fatihah," tulisnya.
Di ruangan komen, rakan artis dan peminat meninggalkan ucapan takziah serta turut sama berduka.
Gempak mengucapkan salam takziah kepada Paknil dan keluarga.
Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat Allah.
Salam Takziah.. Alfatihah