Innalilahi, Khabar Duka Dari Pelakon Bella Astillah Telah Meninggal Dunia Hari Ini Si... ( Baca Artikel Penuh )

Innalilahi, Khabar Duka Dari Pelakon Bella Astillah Telah Meninggal Dunia Hari Ini Si... ( Baca Artikel Penuh )

“Hanya boleh tengok saat-saat akhir…” – Datuk Bella Astillah meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Pelakon, Bella Astillah berkongsi khabar sedih datuknya, Rosilan Isa telah menghembuskan nafas terakhirnya di Kota Kinabalu, Sabah hari ini.


Menurut Bella atau nama lengkapnya Dayang Nabellah Awang Astillah, dia yang berada di sana atas urusan kerja tidak dapat bertemu datuknya yang lebih mesra disapa Lolo disebabkan Covid-19.


“Tidak sangka Lolo pergi buat selama-lamanya. Walaupun kami dekat, tapi tidak boleh jumpa sebab keadaan kita sekarang ini,” luah Bella di Instagram.


Jelas Bella lagi, datuknya yang meninggal pada usia 70 tahun itu ketika ini berada di jabatan forensik.


“Kalau jenazah positif Covid-19 kami tidak boleh ambil, kalau negatif baru boleh, Allahuakhbar. Sampai bila macam ini?!


“Adakah sistem akan berterusan seperti ini sampai bila-bila? Hanya boleh tengok saat-saat akhir Allahyarham menerusi panggilan video, tidak dapat peluk cium. Allahuakhbar,” luahnya lagi.

Bella juga menulis bahawa dia sempat bawa Lolo pergi bercuti ketika hayatnya sebelum pandemik.


“Bella dengan Aliff dapat bawa dia ke Kuala Lumpur, bawa bercuti pergi Genting. Masya-Allah kami rindu betul.


“Allah lebih menyayangi mu. Semoga Lolo di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman,” akhirinya