Suami isteri maut dalam kemalangan elak babi hutan ketika keluar beli makan malam untuk anak-anak.
Anak-anak tunggu mak ayah balik beli makanan tapi tak balik.. jam 1 pagi polis mai rumah bagitau mak ayah mereka kemalangan.
Mangsa Mohd Norzianal Bin Mohd Ainon @ Inon 46 tahun, Suhana Binti Othman 44 tahun, disahkan meninggal ditempat kejadiaan apabila motosikal yang mereka naiki terbabas selepas mengelak babi hutan
5 Beradik jadi Yatim Piatu sekelip mata, mak dan ayah maut dalam kemalangan di Tepi IPD Kuala Muda, Sg. Petani Kedah malam tadi.
Jenazah kedua-dua mangsa telah selamat dikebumikan petang dalam satu liang di Tanah Perkuburan Sungai Batu, Merbok.
Anak sulung belajar di USM Pulau Pinang, no 2, 3, 4 belajar di SMK Bandar Sg. Petani dan yang bongsu tahun 1, SK Tasik Apong Sg. Petani.
Pihak Team Hang Cangkul Murtadha Dakwah Centre Madad bantu uruskan jenazah kedua-dua mangsa tadi.